Projek Terkini (Track Record)
Jelajahi Perkhidmatan Kami.
Ketahui Lebih Lanjut tentang syarikat kami dan perkhidmatan yang ditawarkan.
KEPIMPINAN EKSEKUTIF
Kepimpinan berwawasan yang memacu kecemerlangan, integriti, dan inovasi berterusan.

Puan Afiqah Mior Wahididdin
- MBA, Universiti Selangor
- BSc, University of Birmingham, United Kingdom
Strategi korporat, perolehan kerajaan, pembangunan perniagaan, pengurusan rantaian bekalan, hospitaliti, dan operasi digital.
Puan Afiqah membawa gabungan kelayakan akademik antarabangsa dan penguasaan perniagaan sebenar merangkumi katering & F&B, logistik, dan fulfillment. Latar belakang ini membentuk kepimpinan beliau yang praktikal dan berorientasikan penyampaian. Di Mawar Melur Global Sdn. Bhd., beliau menerajui strategi korporat, perolehan kerajaan, pembangunan perniagaan, dan operasi digital syarikat.

Tuan Muhammad Nabil Aiman Bin Abd Wahid
- B.Eng (Hons) Kejuruteraan Awam, UiTM
- Jurutera Siswazah Berdaftar, Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
- Ahli Bersekutu, Institut Jurutera Malaysia (IEM)
- Sijil AESP (Authorized Entrance & Standby Person) — kerja ruang terkurung (confined space)
Kejuruteraan awam, C&S (Civil & Structural), koordinasi MEP (Mechanical, Electrical & Plumbing), semakan teknikal, QA/QC (Quality Assurance, Product Development, Quality Control).
Tuan Nabil mengetuai aspek teknikal, memastikan keselamatan dan pematuhan semakan spesifikasi, kawalan kualiti, dan laporan teknikal projek. Sebagai Jurutera Siswazah Berdaftar BEM dengan akreditasi IEM, beliau memperkukuh keupayaan Mawar Melur Global Sdn. Bhd. dalam kerja CIDB, renovasi, dan penyelenggaraan.

Tuan Mohammad Nazmi Maula Nor Ramli
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal, UiTM
Pengurusan operasi, koordinasi projek, logistik, penyelenggaraan, dan pengoptimuman proses.
Tuan Nazmi mengurus operasi harian, memastikan kerja dilaksanakan mengikut jadual pelanggan dan piawaian keselamatan. Peranan beliau meliputi koordinasi pembekal, penyelenggaraan, dan pelaksanaan projek.
Mengapa Pilih Kami ?
100% Bumiputera
Syarikat Bumiputera berdaftar MOF yang sah.
Zero-Delay
Komited untuk penghantaran tepat masa.
One-Stop Centre
Penyelesaian lengkap perolehan kerajaan.
Kepimpinan
Diterajui pengarah berpengalaman & integriti.
Perkhidmatan Kami.
Trusted Partners
”Servis memang mantap dan proses perolehan pun senang.”
”Team yang profesional, memang ikut semua standard kerajaan.”
”Mawar Melur Global selalu ‘on-time’ dan hantar barang berkualiti. Projek kami pun jalan lancar dan tak pening kepala.”

