KEPIMPINAN EKSEKUTIF
Di Mawar Melur Global Sdn. Bhd., kekuatan kami terletak pada gabungan unik antara pengurusan korporat bertaraf antarabangsa dan kepakaran kejuruteraan teknikal. Kami memastikan setiap solusi diserahkan dengan piawaian dan integriti tertinggi.

Managing Director
Puan Afiqah Mior Wahididdin
- Master of Business Administration (MBA), UNISEL
- BSc, University of Birmingham, United Kingdom
Strategi korporat, perolehan kerajaan (MOF), pembangunan perniagaan, pengurusan rantaian bekalan, hospitaliti, dan operasi digital.
Membawa gabungan kelayakan akademik antarabangsa dan penguasaan perniagaan sebenar merangkumi katering & F&B, logistik, dan fulfillment. Beliau menerajui strategi korporat, perolehan kerajaan, dan hala tuju digital syarikat.
Jaminan Pematuhan: Memastikan syarikat sentiasa mematuhi syarat ketat Kementerian Kewangan (MOF) dan prosedur perolehan kerajaan dengan pendekatan Customer-First.

IEM Associate
Technical Director
Tuan Muhammad Nabil Aiman Bin Abd Wahid
- B.Eng (Hons) Kejuruteraan Awam, UiTM
- Jurutera Siswazah Berdaftar (BEM)
- Ahli Bersekutu, Institut Jurutera Malaysia (IEM)
- Sijil AESP (Authorized Entrance & Standby Person)
Kejuruteraan awam (C&S), koordinasi MEP, semakan spesifikasi teknikal, QA/QC, serta fasiliti semikonduktor & projek infrastruktur mega.
Mengetuai aspek teknikal untuk memastikan keselamatan, kawalan kualiti, dan pematuhan spesifikasi. Kelayakan profesional beliau memperkukuh keupayaan syarikat dalam kerja CIDB, renovasi, dan penyelenggaraan.
Kawalan Kualiti (QA/QC): Mengelakkan risiko kegagalan projek dengan memastikan setiap produk dan bahan melalui saringan teknikal serta piawaian kejuruteraan yang sah.

Operation Director
Tuan Mohammad Nazmi Maula Nor Ramli
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal, UiTM
Pengurusan operasi harian, koordinasi projek, logistik, pengoptimuman proses, dan pengendalian barangan teknikal sensitif.
Mengurus operasi harian dan rantaian bekalan, memastikan kerja dilaksanakan mengikut jadual pelanggan dan piawaian keselamatan. Peranan beliau meliputi koordinasi pembekal, tapak, dan pelaksanaan projek.
Jaminan Zero-Delay: Penghantaran tepat pada masa melalui pengurusan jadual efisien dan koordinasi pantas di lapangan bagi mengelakkan sebarang gangguan.
SINERGI KEPIMPIMAN KAMI
Apabila anda bekerjasama dengan Mawar Melur Global Sdn. Bhd., anda bukan sekadar berurusan dengan pembekal, tetapi dengan pasukan profesional merentas disiplin yang memahami teknikaliti, kualiti, dan integriti projek anda dari awal hingga akhir.
